Jumaat, 14 November 2008
7 Nov 2008, Jamuan akhir tahun pada kali ini telah diadakan di Sabah Hotel...Semua jemputan telah tiba seawal jam 6.30 petang. Majlis diadakan dalam suasana santai dan meriah sekali. Majlis dimulakan dengan sedikit ucapan daripada Penolong kanan 1,En.Hafil Hashim, ucapan daripada pengerusi kelab guru En.Hamdan, seterusnya majlis memotong kek. Majlis jamuan kali ini juga turut dihadiri oleh mantan pengetua En.Leong Kwock Cheong. Hadiah-hadiah turut diberikan kepada guru-guru yang baru menimang cahaya mata.
Rabu, 15 Oktober 2008
Majlis Solat Hajat Dan Doa Selamat
10 Okt 2008, Satu majlis solat hajat dan doa selamat telah diadakan di dewan sekolah. Ini merupakan persiapan terakhir para pelajar sebelum menduduki peperiksaan PMR.
Isnin, 15 September 2008
Orientasi Pelajar Tingkatan 1
8 Jan 2008, Program orientasi pelajar tingkatan 1 ini diadakan untuk menerapkan budaya belajar yang baik dikalangan keluarga baru smk sandakan bestari ini. Para pelajar diterangkan mengenai budaya sekolah, disiplin dan juga etika sebagai pelajar SMK Sandakan Bestari. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Jumaat, 12 September 2008
Pentadbiran Sekolah
1. En. Chia Kok Kuan - 1 Jan – 30 Jun 1966
2. En. Stanley Augustine - 1 Julai – 31 Dis 1966
3. En. Anthony George - 1 Jan 1966 – 31 Dis 1972
4. En. Jeffrey Vu - 1 Jan 1973 –31 Mac 1973
5. En. Lim Chin Kee - 1 April 1973 – 31 Ogos 1973
6. En. Wong Hee Yung - 1 Sept 1973 – 31 Dis 1982
7. En. Rahim Bin Ali - 1 Jan 1983 – 31 Dis 1983
8. En. Ismail Bin Shaidan - 1 Jan 1984 – 30 Jun 1984
9. En. Mealtin Gindol - 1–31 Julai 1984 (Memangku)
10. En. Che Ghazali A. Razak - 1 Ogos 1984 – 31 Dis 1984
11. En. Rahim Bin Ali - 1 Jan 1985 – 31 Nov 1988
12. En. Safian Sahuri Ismail - 1 - 31 Dis 1988 (Memangku)
13. Tuan Hj. Abdullah Hj Isa - 1 Jan 1989 – 31 Ogos 1995
14. Pn. Katherine Philip - 1 Sept 1995 – 16 Jan 1997
15. Hajjah Masni Bt Madat - 11 Mac 1998 – Jan 2000
16. En. Leong Kwok Cheong - Feb 2000 – April 2008
17. En. Murukesu A/L M. Margapandu - April 2008 - Oktober 2008
Visi Dan Misi Sekolah
Visi
SMK Sandakan Menjadi Sekolah Bestari Gemilang Pada 2010
Berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan & Aspirasi 2020.
Misi
SMK Sandakan akan menjadi GEMILANG melalui :
1. Kepimpinan berwawasan
2. Pengurusna Organisasi yang cekap dan berkesan
3. Pengurusan program pendidikan berfokus kepada pengajaran
dan pembelajaran yang sistematik dan berkualiti tinggi.
4. Pembangunan sahsiah dan kemenjadian pelajar yang harmonis
dan seimbang.
5. Pengurusan prasarana dan persekitaran sekolah yang kondusif
ceria, mesra alam dan selamat.
Langgan:
Catatan (Atom)