Jumaat, 12 September 2008

Latar Belakang Sekolah


  • Pada tahun 1966, nama asal SMK Sandakan ialah Sandakan Secondary School dan berupa sebuah sekolah tumpangan dengan aliran pengantar Bahasa Inggeris.
  • Aliran pengantar Bahasa Melayu diperkenalkan pada tahun 1969.
  • Disebabkan bilangan pelajar yang semakin bertambah, Jabatan Pendidikan Sabah membina bangunan tetap SMK Sandakan di Batu 1½, Jalan Labuk Sandakan pada tahun 1973. Pembinaan ini dibiayai sepenuhnya oleh Bank Dunia.
  • Pada tahun 1988, SMK Sandakan mencatat sejarah mempunyai lebih 1000 orang pelajar Tingkatan 1.
  • Kini, SMK Sandakan merupakan sebuah sekolah dua sesi dan bergred A, dengan tenaga mengajar lebih 70 orang dan mampu menampung lebih daripada 1500 orang pelajar.
  • 23 buah bilik darjah telah disediakan untuk pelajar menengah bawah (Tingkatan 1, 2 dan 3) dan pelajar menengah atas (Tingkatan 4, 5 dan 6).